aku adalah ciptaan biasa
hidupan biasa
insan biasa
perempuan biasa.
aku hidup dengan mencari sesuatu yang luar biasa dari dalam diri ini.
aku hidup dengan menghidupkan hidup supaya aku mampu terus hidup.

Tuesday, June 23, 2009

ada apa dengan loteng?

akhir2 ni, aku banyak post foto je kan.hihiii..macam tak meriah la pulok tak ada foto.cuti hari tu macam ringan je kaki aku ni. bukan ringan nak menyepak orang.nak panjat tangga loteng. dengan rakus, aku selongkar robok yang lapuk berhabuk-habuk. tak tau cari apa. nampak ada beberapa buah album. bukan album lagu. album foto. capai dan selak. selak. selak dan selak. selak, gelak. selak, gelak.gelak. gelak. gelak. kenapa? tak tau. mungkin tau. tiba2 terkenang segala kenangan lama yang tak berapa nak dikenang. huihhh.. phewwww! montaj sana. montaj sini. gilak..
masih terpacak? haha..guna bedak je..(oops!gemuknya....)

itan..itan..itan..manerw itan pika,mak? macam tu lah kot masa aku kecik2 dulu.entahlah.huhhhuwwww



semuanya nombor satu ni.. siapa nombor dua? tiga? akhir? ntttohhh....

depan monumen masjid bandar penawar
:: ::
soalan dari diri aku yang aku sendiri tak dapat nak jawap : apa ko dah buat sepanjang ko hidup?

Sunday, June 21, 2009

malacca. bukan mecca

melaka, tangga batu - aku tengok jam, 14:00. kalau waktu2 macam ni kat jb adalah waktu kemuncak bagi sesiapa yang buat kenduri kahwin. orang gasak berasak2,sesak! tapi kat sini, kerusi pun dah siap susun. jangan kata kerusi, periuk pun dah tertungging. 89% kemas. aku dengar, lepas ni ada upacara gilang gemilang. semua yang bernama manusia kat situ wajib terlibat. wajibulghunnah.. -arahan! hehe..mandi air basuhan pinggan mangkuk periuk belanga! saling bersimbah-simbahan. macam pesta air kat thai la pulak..huk huk.. baik aku cabut dulu. daaaaadadiii.. tu la, lain tempat, lain adat lain budaya lain cara lain ragam. lagi satu, bagi orang luar, mungkin diorang ni kasar. tapi bagi diorang, rileks ar biasa je.. hahaaa..sporting abezz!
singgah kat masjid jap lepas melahap. pergh! cun gilak masjid tu.. wuhuww.. masjid tu binaan lama yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf. yeah aku memang jatuh chenta dengan binaan2 lama nih. klasikal je seh. itu pasal aku minat dengan kuala lipis nih. heh..dan kat melaka lah korang boleh tengok banyak binaan masjid lama yang bercirikan seni bina china. sampaikan nama masjid tu pun aku terlupa nak tengok. masjid tangga batu kot.. :-P besh ar..




tapi kan lebih baik kalau luar dalam besh..jangan luar je. kan3? huhu..


apa salahnya buat satu ruangan bertutup khas untuk para muslimah solat. sini bukan mekah. sini melaka.lagi satu,dinding pemisah tempat ambil wudhu' pun aku rasa macam terlalu rendah. dan dilarang kunci tandas perempuan. takkan nak suruh kitorang leburkan bahan kompos terlarang tu kat bawah pokok pulak kan..kan3?

Tuesday, May 26, 2009

bersara sikit..

esok balik kampung!! haha.. macam biasa, naik prebet sapu pergi ke stesen kereta api. sambil bertonyeh dengan Tikoh, sambil aku perhatikan gelagat manusia kat sekeliling - tak ada apa yang luar biasa, nasib baik. lepas bertonyeh, aku haus. lepas tu pergi beli air. (huh..macam dah khatam apa yang berlaku tiap kali balik kampung). lepas tu, mulalah aku masuk alam separuh sedar..zzzzzzzzz.....




cepatlah tren sampai sini.....huhu..

tempat Tikoh suka turun. huhu..janganlah turun kat sini,Tikoh..



harap2 Don tunggu kat sini, tolong angkut beg2 aku yang macam nak pindah rumah. sekali tengok, sebijik macam budak nak lari rumah. ANGKAT SENDIRI LAH. PEMALAS! bukan malas..tak larat..ALASAN. heh..




lebih kurang 10:00 pagi, biasanya aku dah sampai sini..




6:00 pagi, waktu biasa balik maktab semula..pakcik uniform putih masih di situ.hoooo


pagi2 buta, lebih kurang pukul 4:30 aku bangun sebab kena keluar rumah awal2. kalau sesak kan susah..kan3??
tiket cuma ada 6:00 pagi dan 6:00 petang. takkan nak naik petang2. nanti sampai maktab pukul 3,4 pagi..kena tunggu berabad lagi kat stesen kereta api sampai pakguard bukak pintu.waaaaaa...! tak nak!!




tiket..

tiket??

tiket!!!!


o'owwww..mana aku humban tiket aku ek?? lebur entah ke mana entah........huhu..cepat cari!!!
:)





Thursday, May 21, 2009

hype!! berjaya!! berjaya!!
apa yang berjaya??
berjaya keluar dari kemurungan! haha..dua hari ni senyuman aku macam air sirap kenduri kahwin.tawar semacam je..huhu..kalau sebab kemurungan tu adalah spesis nyamuk, dah lama aku tampar dan penyek-penyekkan dia. tapi, masalahnya, aku pun tak tau apa sebabnya.lantak kau lah situ..
p/s: buku motivasi dan kaunseling

Wednesday, May 20, 2009

-senyap-
-sunyi-
-sepi-







.......................................................

.................................................

..........................................

................................
.........................
...............
.........
....

biarkan
biarkan aku berjalan
biarkan aku berjalan bersendirian
biarkan aku berjalan bersendirian mencecah sedikit ketenangan
biarkan aku berjalan bersendirian mencecah sedikit ketenangan serta mengumpul secebis kekuatan

merenung ke luar tingkap bilik aku.
melihat hujan yang turun mencurah-curah laju.
lebatnya.
sama.
sama macam deruan air mata.
air mata aku.
tetapi tiada siapa tahu.
dan biarkan mereka tidak tahu.
kerana telah aku tahan air mata itu.
tahan selagi aku mampu.
bukan kerana tingginya ego diri aku.
hanya tidak mahu mereka merasa risau kepada aku.
aku tidak perlukan kerisauan mereka.
kerana aku bukan perlukan simpati mereka.
mungkin kasih sayang mereka.
simpati dan sayang adalah dua benda.
dua benda yang berbeza.
tidak sama.
tidak juga serupa.


)( )( )( )(

)( )( )( )(

)( )( )(

: : : : : : :
kalaulah kalian berada dekat di sini..
kalaulah kalian mampu membaca fikiran ini..
kalaulah kalian mendengar tangisan hati ini..
kalaulah kalau-kalau ini bukan sekadar kalau yang pasti terhenti di sini..




Tuesday, May 19, 2009

kembalikan....
kembalikan dia kepada aku..
kembalikan aku kepada dia..
kembalikan aku kepada aku..
bukan kembalikan dia kepada dia..


: : : :

aku mahu engkau.

bukan kerana aku adalah engkau .

tetapi kerana engkau adalah aku.

dan aku mahu aku.

p/s: looking back my past time

...
...
...
ada atau tiada ertinya,
andainya adanya,
dan tiadanya,
adalah tiada bezanya?
...
...
...

.....when i look back on my childhood i wonder how i survived at all.the stronger,the better? absolutely yes! -phyca antares.....